Rabu, 2 Mei 2012

MARI BERSAMA JADIKAN PAHANG SEBAGAI PUSAT PENGELUAR LEMBU DAN KERBAU TERBESAR NEGARA



  JOM JPV DAN PENTERNAK2 DIPAHANG BERSATU......... 


 

 


JPV PAHANG: Hasrat Pahang mengekalkan negeri ini sebagai pengeluar lembu utama di Malaysia sehingga 2010 memerlukan komitmen semua pihak, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan penternak
Namun, penternak persendirian khususnya tradisional kekurangan tanah dan cara paling berkesan mengatasinya ialah menternak secara integrasi.
Tempat paling sesuai menternak secara integrasi ialah di tanah rancangan Felda dan ladang sawit persendirian.
Sebagai negeri yang mempunyai 110 Felda membabitkan kawasan 319,066 hektar, menternak lembu secara integrasi tidak menjadi masalah besar jika semua pihak bekerjasama.
JPH Pahang menyasar untuk mengeluarkan satu juta lembu untuk pasaran daging negara menjelang 2010 sekali gus mengekalkan negeri ini sebagai pengeluar utama lembu daging terbesar negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) negeri, Dr Johari Abu Bakar, berkata kini Pahang mempunyai kira-kira 195,000 lembu daging.
“Daripada jumlah itu, 120,000 diternak secara integrasi di ladang kelapa sawit manakala 75,000 diternak secara tradisional.
“Daerah Bera dan Muadzam Shah adalah kawasan paling banyak memelihara lembu dan Pahang kini menjadi negeri terbanyak menternak lembu,” katanya.
Beliau berkata, potensi penternakan lembu secara berkesan dan besar-besaran masih terbuka kerana banyak ladang kelapa sawit yang boleh dijadikan ladang integrasi.
“Walaupun Pahang negeri terbesar pengeluar lembu daging, ia tidak dapat menampung keperluan daging yang amat tinggi.
“Negara terpaksa mengimport daging lembu dari India, Pakistan dan Australia untuk menampung keperluan,” katanya.
Dr Johari berkata, pada hari raya korban lalu, permintaan lembu amat tinggi dan kita tidak dapat menampungnya.
Katanya, kini Pahang mempunyai lapan kawasan penternak lembu terbesar iaitu Bera, Bentong, Lipis, Raub, Jengka, Kuantan, Chini dan Muadzam Shah membabitkan kawasan seluas 84,321 hektar.
Beliau berkata, JPH Pahang memfokuskan khidmat teknikal dan pengembangan secara terancang di unit pengeluaran ternakan yang terkumpul secara zon.
Katanya, tumpuan diberikan dalam perladangan kelapa sawit khususnya ladang milik Felda, Felcra, Risda, syarikat kerajaan negeri dan ladang swasta.
“JPH mendapati 70 peratus usaha pengembangan ternakan lembu di negeri ini adalah kawasan ladang sawit milik peneroka.
“Justeru, JPH mewujudkan kawasan tumpuan sasaran (KTS) sebagai projek pembangunan industri ruminen untuk meningkatkan jumlah daging negara,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini dua KTS diwujudkan iaitu KTS Muadzam Shah dan KTS Jengka.
Pengerusi Projek KTS Jengka, Mohd Hisham Osman, berkata pihaknya memberi khidmat teknikal dan pengembangan secara terancang kepada unit pengeluaran ternakan yang terkumpul dalam satu zon.
Katanya, kini tumpuan diberikan kepada 12.63 peratus perladangan swasta, 11.33 peratus perladangan syarikat kerajaan dan 76.04 peratus kawasan peneroka Felda di daerah Kuantan, Maran, Jerantut dan Temerloh membabitkan kawasan seluas 84,321 hektar.
“KTS Jengka membimbing lima ladang swasta, empat ladang Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB), sebuah ladang LKPP dan satu ladang Felcra membabitkan ternakan berjumlah 3,990 ekor,” katanya.
Beliau berkata, melalui projek bimbingan itu penternak persendirian digalakkan mengamalkan sistem kelompok tertutup sehingga layak mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmurbif.
Mereka juga diberi kursus keusahawanan dan latihan kemahiran Institut Perkhidmatan Veterinar di Cheras.
Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang turut berperanan memasarkan hasil ternakan.
Agensi itu turut mengadakan perjanjian persefahaman kontrak pemasaran dengan penternak untuk memudahkan mereka memasarkan lembu secara lebih meluas dan cekap.
Seorang penternak, Raja Azmi Raja Adam, 49, menyambut baik usaha Fama mengadakan perjanjian persefahaman bagi membantu memasarkan lembu daging milik syarikatnya.
Beliau yang menternak sejak 1996 kini mempunyai 290 ekor lembu yang dipelihara di ladang kelapa sawit milik LKPP Sungai Rengai, Jerantut

2 ulasan:

  1. Kelebihan negeri Pahang ialah keluasan tanah untuk tapak projek. Tapi penternak perlu ditransform kepada usahawan ternak supaya projek ini boleh berdaya maju dan berkembang. Untuk tujuan ini, mereka perlu berkemahiran dan berilmu.

    BalasPadam
  2. Casino Hotel in St. Louis, MO - Mapyro
    Information, 용인 출장안마 Address, Phone Number, Reviews, Games, Slots, 부천 출장마사지 Poker, Agenda, Parties, Photos, Reviews, Photos, Agenda, 김포 출장안마 Parties and Videos. Rating: 경주 출장마사지 3.7 · ‎16 광양 출장샵 reviews

    BalasPadam